KEHADIRAN dua pasukan besar perlumbaan lebuh raya dunia, Astana dan Garmin-Cervelo di Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 dijangka kembali memartabatkan siri perlumbaan berstatus Hors itu.
Dua pasukan itu semakin pasti beraksi pada perlumbaan terbesar Asia pada 24 Februari hingga 3 Mac apabila termeterainya memorandum persefahaman ketika berlangsungnya Majlis Pelancaran Imej dan Pengumuman laluan LtdL yang disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sri Ahmad Shabery Cheek di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), semalam.
Memorandum persefahaman ditandatangani Pengarah Sportif Garmin-Cervelo, Chann McRae dan Pengarah Komersial Astana, Dr Aidar Makhmetov disaksikan oleh Ketua Setiausaha KBS, Datuk Mohid Mohamed, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong serta Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab.
Ketika ramai mempersoalkan prestij perlumbaan itu pada dua edisi terdahulu kerana tidak membariskan pelumba berstatus ProTour, penampilan Astana, pasukan yang pernah diwakili juara tujuh kali Tour de France, Lance Amstrong pasti mengubah pandangan dan cabaran LTdL 2012.
Shabery yang ditemui di majlis itu berkata, dengan pengesahan dua pasukan ProTour itu, beliau yakin LTdL 2012 mampu memaparkan aksi lebih hebat dalam perlumbaan bertaraf dunia.
“Dua pasukan ternama dan beberapa pasukan berstatus profesional yang akan mengesahkan penyertaan di LTdL, LTdL akan menjadi satu jenama yang cukup hebat dalam program lumba basikal dunia.
“Dengan bajet sama seperti tahun lalu dan mungkin dikurangkan, saya yakin penganjuran ini akan terus mendapat pengiktirafan dunia terutama selepas menerima surat ‘Excellent Level of Organization’ daripada UCI (Kesatuan Berbasikal Dunia),” katanya. Pada penganjuran 2011, UCI memberi pengiktirafan sebanyak 95 peratus bagi setiap aspek pengelolaan dan LTdL 2012 yang akan dianjurkan bersama MSN adalah kesinambungan kepada penganjuran terdahulu diharapkan mampu memperbaiki pencapaian itu sehingga 98 peratus.
Sementara itu Shabery turut memaklumkan buat pertama kali, angin perubahan dalam LTdL akan berlaku tahun depan apabila perlumbaan ditamatkan di Terengganu.
Katanya, pemilihan itu dibuat selepas menilai pelbagai aspek selain penghormatan kepada negeri itu atas usaha dan pelaburan mereka dalam menghasilkan begitu ramai pelumba.
Saingan LTdL 2012 akan bermula di Putrajaya dengan menampilkan acara ujian masa individu dan akan beraksi di Terengganu pada 4 Mac.
sumber metro

0 komentar:
Posting Komentar