Sabtu, 11 Juni 2011

Laksamana Upin & Ipin 3D

SETELAH kejayaan memberangsangkan filem animasi pertama, Geng: Pengembaraan Bermula yang berjaya mencetus fenomena tersendiri bidang interaktif tempatan, kini syarikat penerbitannya, Les' Copaque Production bakal menerbitkan animasi 3D kedua, Laksamana Upin & Ipin.

Geng: Pengembaraan Bermula yang berjaya meraih kutipan RM6.3 juta setelah ditayangkan lebih sebulan bermula 12 Februari tahun lalu berjaya mengangkat karakter Upin dan Ipin sebagai ikon kepada kanak-kanak.

Atas dasar tersebut, Les' Copaque kali ini mengangkat watak kanak-kanak kembar itu sebagai subjek utama dalam filem animasi kedua mereka.

Sehingga kini, filem tersebut masih dalam proses mengumpul idea dan menurut perancangan bakal ditayangkan pada tahun 2012 nanti.

Proses pembuatan filem tersebut bakal dimulakan oleh syarikat tersebut pada pertengahan tahun ini.

Selain itu, siri animasi Upin & Ipin yang ditayangkan di TV9 serta TPI (Indonesia), pada musim terbaru ini bakal menampilkan penyumbang suara baru, iaitu adik Asyiela Putri.

Dengan sambutan yang luar biasa daripada peminat di kedua-dua negara, kemunculan filem serta siri baru Upin & Ipin pastinya sesuatu yang dinanti-nantikan.

0 komentar:

Posting Komentar


Top