Tampilkan postingan dengan label Hiburan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Hiburan. Tampilkan semua postingan

Jumat, 10 Juni 2011

Show Up Close & Personal ANUAR ZAIN di Menara KL



Para peminat Anuar Zain bakal menyaksikan persembahan hebat dan eksklusif beliau pada 15 dan 16 Julai 2011 di Mega View Banquet Deck, Menara Kuala Lumpur dari ketinggian 288 meter. Majlis makan malam eksklusif ini di adakan bersempena dengan sambutan Festival Kuala Lumpur yang diraikan sepanjang bulan Julai.

“‘Up, Close and Personal @ Menara Kuala Lumpur’ adalah acara yang memberi ruang kepada para peminat untuk menyaksikan persembahan artis pujaan mereka secara peribadi dengan lebih rapat dan mesra” kata Puan Zuraidah Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

“Kami memilih Anuar Zain sebagai artis lelaki pertama mengegarkan ‘Up, Close & Personal’ ini kerana beliau merupakan di antara artis lelaki yang terbaik buat masa kini dengan populariti dan aura beliau yang tersendiri. Di samping itu juga, para peminat Anuar Zain berpeluang menyaksikan keindahan panorama 360 darjah Kuala Lumpur sambil dihiburkan dengan alunan muzik dan suara penyanyi pujaan ramai ini,” tambah beliau lagi.

Harga untuk menyaksikan persembahan hebat ini bermula dari RM500.00 seorang. Ianya terhad kepada 250 orang tetamu yang terawal membeli tiket bagi setiap hari tersebut.

Di samping berhibur, tetamu juga berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah daripada produk kecantikan berjenama bernilai RM5,000.00 secara keseluruhannya.

Kepada semua wargakerja Telekom Malaysia, Rakan-rakan Niaga dan para peminat Anuar Zain yang ingin membuat tempahan dan menyaksikan persembahan eksklusif beliau bolehlah menghubungi:

Aishah: 019 262 4987

Tan Poh Im: 013 333 1222

Talian Umum: 03 2020 5444 / 03 2020 5499

Gambar Anuar Zain di Festival Kuala Lumpur 2011

Gambar Anuar Zain di Festival Kuala Lumpur 2011
Teater muzikal The Secret Life Of Nora (NORA)

Teater muzikal The Secret Life Of Nora (NORA)

Sejak projek teater muzikal The Secret Life Of Nora (NORA) diumumkan pada Mac lalu, ramai pihak sibuk memperkatakan tentang muzikal terbitan Enfiniti Vision Media ini. Mana tidaknya, rata-rata di antara mereka begitu teruja dan tidak sabar untuk menunggu projek terbesar dari produksi yang pernah menerbitkan muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) dan P.Ramlee The Musical ini.



Pagi tadi, satu lagi rahsia NORA telah didedahkan dalam sebuah majlis yang diadakan di The Black Box, Enfiniti Vision Media di The Strand, Kota Damansara. Majlis yang berlangsung dalam format program bual bicara ini adalah bagi mengumumkan barisan tenaga produksi untuk muzikal NORA yang bakal dipentaskan di Istana Budaya bermula pada 29 September hingga 16 Oktober 2011.



Menariknya tentang muzikal NORA, ia bukan saja menampilkan barisan tenaga kreatif profesional tempatan, malah ia juga turut menggunakan khidmat dari individu yang pernah menjayakan projek bertaraf antarabangsa.



“Kami memilih individu tersebut selepas membuat beberapa pilihan dari kalangan bakat tempatan dan luar negara. Setiap daripada mereka mempunyai kelebihan masing-masing di mana dengan kepakaan tersebut, saya harap mereka dapat melaksanakan pementasan ini dengan berjaya sekaligus membangunkan lagi industri seni di Malaysia.



“Kami tahu ia satu risiko yang besar apabila memilih mereka yang hampir separuhnya daripada kalangan mereka masih baru. Namun, selain memberi peluang kepada mereka, kami di Enfiniti juga memang gemar menyahut cabaran,” jelas Penerbit Bersekutu NORA, Izan Satrina yang juga merupakan Naib Presiden Kumpulan Operasi Enfiniti Vision Media.



Mereka yang terlibat terdiri daripada Steven Dexter selaku Pengarah, Raymond Miranda (Penulis), Weng Onn San (Komposer), Jerome Kugan (Penulis Lirik). Alfian Sa’at (Penulis Teks & Lirik Bahasa Melayu), Roslan Aziz (Pengarah Muzik), Pat Ibrahim (Pereka Tari), Francis O’ Connor (Pereka Set), Raja Maliq (Perunding Set), Moe Kassim & STYLO (Pereka Kostum), Nick Richings (Penata Cahaya), Chedd Eddie Yusoff (Penolong Pengarah) dan Melissa Teoh (Pengurus Produksi).



Menurut Steven Dexter, pengarah British yang pernah mengarah teater Peter Pan dan Pirates of the Penzane, beliau memberitahu begitu teruja dapat berkolaborasi serta bekerjasama dengan Penerbit Eksekutif, Tiara Jaquelina serta produksi dari Malaysia.



“Idea dari Tiara untuk mementaskan muzikal gabungan dari kisah penyiasatan dan cinta ini sangat menarik minat saya. Bagi saya, ia adalah idea yang asli, baru dan membuatkan saya berasa teruja sejak dari awal. Saya memang amat menyukainya apatah lagi dapat bekerjasama dengan tenaga produksi yang hebat.



Bagi pengarah muzik, Roslan Aziz yang pernah bekerjasama dengan Enfiniti dalam pementasan PGL dan P.Ramlee the Musical sebelum ini, beliau melahirkan rasa bertuah kerana dapat bekerjasama sekali lagi dengan produksi tersebut.



“Selepas PGL, Enfiniti ada menelefon saya bertanyakan sama ada ingin terlibat dengan produksi ini. Bagi saya, ia bukan satu perkara yang sukar untuk saya membuat keputusan kerana inilah peluang yang saya nanti-nantikan sekian lama.



“Syukur, Alhamdulillah, saya rasa bertuah kerana dapat tawaran dari pihak Enfiniti untuk terlibat dalam muzikal ini apatah lagi Enfiniti begitu bersemangat untuk membawa muzikal ini ke peringkat antarabangsa. Ia juga sesuatu yang sangat menerujakan apabila dapat bekerjasama dengan ramai orang baru yang berpengalaman.”



Apabila ditanya apakah bentuk muzik yang akan diketengahkan dalam NORA memandangkan pementasan ini akan dibawa ke peringkat antarabangsa, Roslan menjawab, “Sejujurnya, saya sendiri masih belum dapat bayangkan muzik dalam NORA itu macam mana. Saya pasti, ia akan menerapkan elemen keMelayuan dan ‘fusion’.”



Selain muzik, produksi ini akan menterjemah pementasan muzikal era 60an dan membawa penonton menjelajah ke dunia yang cukup mengagumkan dengan gerak tari ala “cirque du soleil” termasuk adegan lagak ngeri yang cukup mempersonakan.



Bakal dipersembahkan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, NORA mengisahkan seorang wanita yang cukup dikenali di pentas kabaret yang kemudiannya terpaksa menyertai sebuah organisasi perisikan bagi menyelesaikan masalah pemedagangan manusia. Berlatar era 60an di Malaya, muzikal komedi ini akan melihat perubahan Nora dari seorang penari kabaret yang cukup dramatic kepada seorang agen perisik yang terlatih. Nora mempertaruhkan nyawanya demi menjayakan misinya selain terjebak dalam percintaan.



Produksi The Secret Life of Nora bakal memulakan latihan pada Julai depan setelah pengumuman barisan pelakon yang bakal menjayakan pementasan itu dibuat pada penghujung bulan ini.

sumber gua.com.my

Photoshoot Aaron Aziz dan Sheera



Photoshoot Aaron Aziz dan Sheera
credit mediamalaya

Kamis, 09 Juni 2011

Syakila Nisha Jahangir Khan (Pelakon Filem Karak)

PROFIL

NAMA SEBENAR: Syakila Nisha Jangir Khan
ASAL: Kuala Lumpur
USIA: 19 tahun
AKDEMIK: Jurusan Pengurusan dan Pemasaran Fesyen di Kolej Antarabangsa Raffles, Kuala Lumpur.
KERJAYA: Penyanyi, pelakon dan pelajar
KELUARGA: Anak bongsu daripada tiga beradik
DRAMA: Hotel Mania, Slot Mistik Alam Hitam seperti Pengasih Minyak Dagu dan Darah Pontianak dan Ayu Suraya (Astro).
FILEM: Karak, Hore Hore



LOKASI FOTOGRAFI: Rafflesia Pearl Centre, Park Royal, Kuala Lumpur.
AKSESORI: Rafflesia Pearl Centre
TATARIAS WAJAH: Jepun
PAKAIAN: Ariff Shukor (012-9141259)
Biodata @ Profil Syakila Nisha Jahangir Khan

Biodata @ Profil Syakila Nisha Jahangir Khan

PROFIL

NAMA SEBENAR: Syakila Nisha Jangir Khan
ASAL: Kuala Lumpur
USIA: 19 tahun
AKDEMIK: Jurusan Pengurusan dan Pemasaran Fesyen di Kolej Antarabangsa Raffles, Kuala Lumpur.
KERJAYA: Penyanyi, pelakon dan pelajar
KELUARGA: Anak bongsu daripada tiga beradik
DRAMA: Hotel Mania, Slot Mistik Alam Hitam seperti Pengasih Minyak Dagu dan Darah Pontianak dan Ayu Suraya (Astro).
FILEM: Karak, Hore Hore

LOKASI FOTOGRAFI: Rafflesia Pearl Centre, Park Royal, Kuala Lumpur.
AKSESORI: Rafflesia Pearl Centre
TATARIAS WAJAH: Jepun
PAKAIAN: Ariff Shukor (012-9141259)
Rebecca Nur Islam Keguguran Anak Pertama

Rebecca Nur Islam Keguguran Anak Pertama

Anak adalah anugerah daripada Allah yang ditunggu oleh setiap pasangan suami isteri. Namun begitu, berita sedih buat Rebecca Nur Islam dan suaminya, Azam apabila anak pertama mereka gugur. Kata Rebecca:-

Pada malam kejadian saya sakit di bahagian bawah perut dan berlaku pendarahan. Suami saya bawa ke hospital dan apabila diperiksa bayi dalam kandungan sudah tidak bernyawa. Kemudian doktor melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi. Kata doktor bayi tersebut sudah beberapa hari meninggal dunia tanpa saya sedari

Semoga Rebecca dan suami tabah menghadapi dugaan ini. Semoga cepat sembuh dan berusaha untuk mendapatkan anak kembali. Takziah sekali lagi kepada Rebecca dan suami.

sumber beautifulnara

Rabu, 08 Juni 2011

Festival Muzik Kuala Lumpur 2011

Festival Muzik Kuala Lumpur 2011

Festival Muzik KL 2011 (FMKL) yang akan berlangsung dari 1 – 3 Julai di Panggung Sari, Istana Budaya, dalam satu sidang media di Borneo Baruk Club, Kuala Lumpur. Bagi meneruskan tradisi sejak mula festival ini diadakan bermula pada 1 Julai 2005 yang lalu, FMKL yang masuk tahun ketujuh (7) penganjurannya pada 2011 ini merupakan satu proses penjanaan aktiviti seni muzik yang direncanakan oleh JKKN dan sebagaimana lazimnya menjadi antara sorotan utama bagi pembuka tirai Festival KL.
Anugerah Planet Muzik 2011 (APM)

Anugerah Planet Muzik 2011 (APM)

Anugerah Planet Muzik (APM) yang memberi pengiktirafan kepada penggiat muzik dari tiga buah negara, Singapura, Malaysia dan Indonesia akan kembali menemui peminat pada 15 Julai ini di Max Pavilion, Singapore Expo.

APM 2011 bakal mempertandingkan 17 anugerah yang terdiri daripada 12 kategori terbaik, empat kategori popular dan satu khas yang dikenali dengan Anugerah Cinta Planet Muzik.

Senarai Pencalonan Mengikut Kategori Anugerah Planet Muzik (APM) 2011 | klik disini
Senarai Pencalonan Mengikut Kategori  Anugerah Planet Muzik (APM) 2011

Senarai Pencalonan Mengikut Kategori Anugerah Planet Muzik (APM) 2011

Senarai Pencalonan Mengikut Kategori Anugerah Planet Muzik (APM) 2011

Berikut senarai penuh calon bagi kategori terbaik APM 2011.

Vokal Terbaik (Artis Baru Lelaki):

1. Ariss

2. Febrian

3. Igo

4. Sandhy Sondoro

5. Sezaire Sezali



Vokal Terbaik (Artis Baru Wanita):

1. Aisyaa Hasnaa

2. Amanda Imani

3. Ana Raffali

4. Mytha

5. Roze



Vokal Terbaik (Duo/Kumpulan Baru):

1. Ana Raffali, Altimet & Suhaimi Meor Hassan

2. Azlan & The Typewriter

3. Govinda

4. Projek Pistol

5. Zivilia



Artis Lelaki Terbaik:

1. Faizal Tahir

2. Glenn Fredly

3. Hady Mirza

4. Hafiz AF

5. Judika



Artis Wanita Terbaik:

1. Agnes Monica

2. Ana Raffali

3. Astrid

4. Rossa

5. Sarah Aqilah



Kolaborasi Terbaik:

1. Amarah Siti Nurhaliza & Krisdayanti

2. Berteman Rindu Didicazli & Giselle

3. Harus Bagaimana Atilia & Maliq & Essentials

4. Kalau Cinta Aliff Aziz & Joanna

5. Sayang Dayang Nurfaizah & Marcell



Duo / Kumpulan Terbaik

1. Andra & The Backbone

2. D’Masiv

3. Kotak

4. 3 Suara – Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila

5. 6ixth Sense

6. Ungu



Album Terbaik:

1. Cari Jodoh (Wali)

2. CTKD ( Siti Nurhaliza & Krisdayanti)

3. Energi (Kotak)

4. Ketika Aku Kecil (Ana Raffali)

5. Sang Penyanyi (Hady Mirza)

6. Suara (Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila)



Lagu Terbaik Singapura:

1. Harum (Roze)

2. Ku Tetap Kan Menunggu (Hady Mirza)

3. Lagu Teman (The Lion Story feat Zahidah)

4. Maafkan Ku (Oh Cinta) (Faizal Isa)

5. Matahari (Sezaire Sezali)



Lagu Terbaik Malaysia:

1. Awan Nano (Hafiz AF)

2. Hanyut (Faizal Tahir)

3. Kalau Berpacaran (Ana Raffali & Altimet & Suhaimi Meor Hassan)

4. Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque)

5. Noktah Cinta (Hafiz)



Lagu Terbaik Indonesia :

1. Cari Jodoh (Wali)

2. Cintailah Aku Sepenuh Hati (Ari Lasso)

3. Karena Ku Cinta Kau (Bunga Cinta Lestari)

4. Pelan-Pelan Saja (Wali)

5. Rindu 1/2 Mati (D’Masiv)

Gambar Rody Kristal bersama kekasih di Batu Pahat

Gambar Rody Kristal bersama kekasih di Batu Pahat


TV3 My Kids Awards

TV3 My Kids Awards

TV3 dengan sukacitanya mempersembahkan sebuah acara penganugerahan istimewa untuk bintang-bintang muda, MY KIDS AWARDS, yang julung-julung kalinya diadakan di Malaysia!

Visi utama MY KIDS AWARDS adalah untuk memberi penghargaan kepada penggiat seni cilik yang berbakat, pintar dan mempunyai potensi besar di dalam industri seni tanah air, khususnya di dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengacaraan. Terdapat pelbagai kategori yang akan dipertandingkan dan calon-calon akan dipilih melalui kriteria tertentu. Tidak ketinggalan, aksi dan persembahan hebat dari penghibur muda juga turut dimuatkan di dalam kandungan yang akan bersiaran secara langsung pada 2 Julai 2011 (Sabtu) nanti.
Surat Bantahan Terhadap Penyiaran 'Nora Elena'

Surat Bantahan Terhadap Penyiaran 'Nora Elena'

Tidak perlu disangkal demam 'Nora Elena' yang sedang melanda negara. Lihat saja statistiknya. Jumlah tontonan untuk episod 1 hingga 18 sudah mencecah 800,000 di tonton.com.my, sementara episod 16 saja mampu menarik 80,000 tontonan. Biar betul!

Apa sebenarnya tarikan 'Nora Elena' yang diadaptasi dari novel terlaris 'Kasih Yang Suci' karya Meen Zulaikha? Bila GUA tanya, sebahagian besar teman mengakui sebab utama mereka mengikuti 'Nora Elena' adalah kerana ingin menatap wajah Aaron Aziz. "Giler hensem!", "Aaron Aziz...OMG, he's so damn HOT!" antara reaksi mereka.

Tak kurang juga yang memberitahu tarikan 'Nora Elena' adalah pada jalan ceritanya. Ringkasnya, Nora Elena (lakonan Siti Saleha) ditinggalkan tunangnya, Idham (Zul Ariffin) apabila dia mendapat tahu Nora sudah tidak suci lagi. Tetapi muncul pula Seth Tan (Aaron) yang sanggup berkahwin dengan Nora.

Konflik bermula apabila Nora mendapat tahu suaminya, Seth, lelaki yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Walaupun Seth sudah insaf tetapi Nora masih tidak dapat memaafkan suaminya. Jadi, bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora dan memikat hatinya?

Kalau nak tahu, kenalah tonton 'Nora Elena' yang bakal melabuhkan tirainya pada 16 Jun ini.

Tetapi nampaknya bukan semua yang meminati 'Nora Elena'. GUA sertakan di bawah surat bantahan yang telah dikirim kepada GUA daripada seorang pembaca GUA.

Nowa,
Kakitangan Kajaan,
Putrajaya

TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya

Tuan,
Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena

Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.

2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.

i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu.
Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?

ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu.
Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, "ah gile mung, patoh pinggang!" Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)

Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, "dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas"....itu je?? harharharharam!!

Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami.

Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.

Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!

iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.

iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday??

Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess

v) Tak logik punya citer..
Brape lama kawen baru bole 'bersama'?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth 'tumbuk sambal'?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia 'tumbuk sambal' kan? hahahha...takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay....kahkahkahakha

vi ) kari hangus, nasik hangit.
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..

vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati

"tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh"

"owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??"

Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan.

3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis gadis diluar sana.

Sekian,

"BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA"

( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya

Buat peminat 'Nora Elena', jangan begitu cepat nak melatah. Ini sebenarnya satu entri di blog Cik Geli Geli yang ditulis untuk suka suka saja. Tapi GUA memang terhibur sangat dengan tulisan Cik Geli Geli. Pecah perut GUA dibuatnya. Kalau Cik Geli Geli terbaca artikel ni, sila emelkan contact ke eekee.li@gmail.com sebab GUA ada hadiah yang nak diberikan.

source gua.com.my
APM 2011 : Yuna Tiada Dalam Senarai

APM 2011 : Yuna Tiada Dalam Senarai

Anugerah Planet Muzik (APM) yang memberi pengiktirafan kepada penggiat muzik dari tiga buah negara, Singapura, Malaysia dan Indonesia akan kembali menemui peminat pada 15 Julai ini setelah berehat selama setahun.

Acara yang dinanti-nantikan ini akan kembali ke Singapura setelah dibawa ‘mengembara’ ke Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 2008 dan Pusat Konvensyen Jakarta pada 2009. Kali ini Max Pavilion, Singapore Expo, terpilih menjadi lokasi acara berprestij ini.

Seperti tahun-tahun sebelum ini APM 2011 bakal mempertandingkan 17 anugerah yang terdiri daripada 12 kategori terbaik, empat kategori popular dan satu khas yang dikenali dengan Anugerah Cinta Planet Muzik.

Senarai calon akhir telah pun diumumkan dalam satu sidang media yang diadakan di Hard Rock Café, Kuala Lumpur petang tadi. Setelah diperhatikan, Yuna tiada dalam senarai dan perkara ini telah menimbulkan tanda tanya memandangkan Yuna sangat popular. Malah, telah mendapat beberapa pengiktirafan dalam tempoh dua tahun ini.

Paling membanggakan, Yuna telah menang besar di Anugerah Indusri Muzik ke 17 dengan memenangi empat kategori iaitu Anugerah Artis Baru Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Inggeris Tempatan Terbaik dan Lagu Terbaik AIM.

Bagi menjawab persoalan itu, Pengarah Urusan , Beyond Events (penganjur), Amin Hussen memberitahu Yuna tidak berada dalam senarai bukan kerana dia pihak juri mendapati dia tidak layak, sebaliknya pemilik nama Yunalis Zarai itu tidak menghantar albumnya untuk pencalonan.

“Memang tidak dinafikan Yuna sangat popular dan dia juga telah meraih banyak kejayaan, namun Ketiadaan Yuna dalam senarai pencalonan ini adalah kerana dia tidak menghantar albumnya untuk pencalonan. Kalau ada, mungkin pihak juri akan memilih dia sebagai salah seorang calon akhir. Tetapi ingin saya ingatkan, APM bukan bersandarkan populariti semata-mata, sebaliknya ia bertujuan untuk mencari yang terbaik,” ulas Amin.

Dalam masa yang sama, Amin juga turut mengumumkan pihak APM telah mendapat maklum balas yang cukup memberangsangkan pada tahun ini apabila peratusan pencalonan telah melonjak sebanyak 33 peratus berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Selain mengumumkan senarai lima calon akhir, pihak penganjur juga mengumumkan nama pengacara dan senarai artis yang akan membuat persembahan pada malam kemuncak nanti.

Buat pertama kalinya, Didie Alias telah dipertanggungjawabkan sebagai pengacara yang akan mewakili Malaysia. Manakala artis yang akan membuat persembahan terdiri daripada Datuk Siti Nurhaliza, Jacyln Victor, Ning Baizura & Shila Amzah (Tiga Suara), Ana Raffali, Faizal Tahir, Ajai & Amanda Imani, Atilia & Loloq serta Hafiz AF.

source gua.com.my
Festival Muzik Kuala Lumpur (FMKL) 2011

Festival Muzik Kuala Lumpur (FMKL) 2011


Bagi meneruskan tradisi sejak mula festival ini diadakan bermula sejak tahun 2005, Festival Muzik Kuala Lumpur yang masuk tahun ketujuh (7) penganjurannya pada 2011 ini merupakan satu proses penjanaan aktiviti seni muzik yang direncanakan oleh JKKN dan sebagaimana lazimnya menjadi antara sorotan utama bagi pembuka tirai Festival KL. Semenjak penganjurannya pada tahun 2005, FMKL telah berjaya menarik hampir 30,800 orang pengunjung dan peminat seni muzik tanahair dan khususnya peminat dari negara jiran berdekatan.

FMKL 2011 menampilkan pelbagai kelainan yang cuba ditonjolkan untuk 2011 ini. Sebanyak lima (5) pengisian utama bagi festival yang merangkumi Konsert Utama, Konsert Terbuka @Laman Beringin, Pertandingan, Seminar Muzik dan Jualan dan Pameran Produk Muzik. Pendekatan ke arah penyemarakkan muzik di kalangan generasi muda ditekankan apabila pelbagai ‘genre’ muzik yang bukan sahaja untuk golongan ‘elit’ tetapi pandangan serta minat anak muda menjadi landasan FMKL 2011 kali ini.

Berunsurkan muzik untuk semua rakyat,  pendekatan melalui pemilihan artis, serta pengisian program jelas mempertaruhkan tujuan tersebut. Persembahan setiap malam pada 1-3 Julai di Konsert Utama yang bertemakan “Kembara Muzik: Klasik ke Kontemporari” bertujuan mengajak khalayak untuk mengembalikan nostalgia muzik klasik dan meraikan muzik kontemporari di pentas berprestij. Pertaruhan artis veteran hinggalah yang baru menepati tema  persembahan muzik klasik ke kontemporari, manakala muzik iringan terdiri dari gabungan pemuzik Malaysian All Stars dan Orkestra Tradisional Malaysia (OTM); Festival Muzik KL mengajak penonton meneroka sejarah perkembangan muzik tanah air dalam satu pengembaraan muzik. Justeru, penampilan nama-nama besar dalam industri seperti Dato’ M. Daud Kilau, Dato’ Khatijah Ibrahim dan bintang-bintang kontemporari dari generasi muda seperti Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizah, One Nation Emcees, Aizat, Najwa Mahiaddin, Azlan & the Typewriter dan Suki Low mendapat tempat dalam festival kali ini. Manakala barisan kumpulan indie yang sebahagian besarnya mendapat slot bagi Konsert Terbuka @ Laman Beringin sama ada Konsert “unplugged” atau “indie” terdiri daripada Tilu, Father Father, Fauziah Gambus & Band, House of 5, Ayu Jazzrin, Johnny Comes Lately, Asfar Alias dan Cynosure.

Untuk tema yang dipilih, setiap persembahan akan menampilkan konsep Klasik, Nusantara dan Sejagat dalam satu malam selama tiga malam berturut-berturut.

Pada 1 Julai – Penyanyi jemputan seperti Dato’ Khadijah Ibrahim, Dayang Nurfaizah dan Aizat akan menjadi tetamu istimewa manakala One Nation Emcees akan menguasai pentas pada setiap malam dari 1 hingga 3 Julai. Malam kedua iaitu pada 2 Julai, suasana muzik yang berentak ‘soul’ lebih mewarnai dengan penampilan istimewa Najwa Mahiaddin, Suki OIAM, Dato’ M. Daud Kilau, Bahbola dan One Nation Emcees. Malam Ketiga, 3 Julai pula akan memaparkan irama yang pelbagai sifatnya dengan artis jemputan Jaclyn Victor, Azlan & Typewriter, Dato’ M. Daud Kilau dan Bahbola.



Dengan barisan artis yang terpilih dan muzik iringan dari Malaysian All Stars dan OTM di bawah pimpinan Pengarah Muzik Aubrey Suweto; Festival Muzik KL 2011 pastinya menjanjikan satu kelainan yang mengesankan tahun ini apatah lagi dipersembahkan di pentas berprestij, Panggung Sari.

Festival Muzik 2011 juga bakal menjadi satu medium bagi bakat-bakat baru mengetengahkan diri mereka melalui Konsert Laman Beringin yang menampilkan tema seperti “Bintang IPT”, “Unplugged” dan “ Indie” yang akan dilaksanakan sebelum konsert-konsert utama berlangsung. Begitu juga bagi slot Pertandingan @Laman Beringin yang membariskan Pertandingan Akustika Gitar Gempaq, Kl Got Talent dan Cabaran Kompang Challenge yang pastinya akan memeriahkan serta memberi impak baru kepada suasana festival di Istana Budaya pastinya. Manakala slot Seminar Muzik yang berlangsung pada 2 Julai di Auditorium Balai Seni Lukis Negara pula akan menampilkan tokoh-tokoh penceramah dalam bidang muzik seperti En. Fauzi Marzuki – (Bagaimana menghasilkan karya hebat ) En. Norman Abd. Halim (Pemasaran Muzik), En Ong Peng Chu (Muzik dan Masyarakat) dan En Ayob Irahim (Kerjaya Prospek Muzik Tradisional). Yuran Pendaftaran seminar hanya bernilai RM 50 bagi pelajar manakala RM 80 (Orang awam) yang boleh dibayar semasa pendaftaran. Seminar Sehari ini akan bermula pada jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang



Wadah (showcase) bagi festival tersebut akan dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur pada 18, 19 dan 25 Jun yang menampilkan beberapa artis yang terlibat dalam festival untuk memberikan sedikit gambaran kepada khalayak tentang Festival Muzik KL dan menyemarakkan Kuala Lumpur sebagai kota seniman dan memelihara muzik yang telah menjadi sebahagian dari budaya masyarakat Malaysia.

JKKN ialah sebuah agensi di bawah KPKK yang menjalankan aktiviti-aktiviti kebudayaan dan kesenian di Malaysia. FMKL 2011 dianjurkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) bersama Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama Istana Budaya dan diUrus Setiakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang Festival Muzik KL melalui laman sesawang rasmi, www.klfestival.org.my yang mula beroperasi mulai 1 Jun.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), YBhg. Dato’ Norliza Rofli dam Tuan Hj Mohamed Juhairi Shaarani, Ketua Pengarah Istana Budaya.

source gua.com.my

Top